Tertindas, ditindas atau menindas. Pancaindera kau saksi kepada segala. Dunia yang kau pijak ini terlalu bervariasi. Rasa, minda, dan cara. Bermasyarakatlah dengan teliti. Kasut dia dan kau tak akan pernah sama, jadi cuba faham dan faham. Waraskan pemikiran. Luaskan perspektif, tapi jangan abai pada batasan adabmu. Jaga adabmu, dan mereka juga akan. Cara harus relevan. Jadi sebelum meluru ke konklusi, sediakan jawapan sebelum wujudnya persoalan.
Pandanglah ke langit. Senyumlah semula, sayang. Terlalu banyak bunga yang layu menanti saat-saat kembali kepada tanah. Kerana telah sekian lama berputus harap pada mentari menguntumkan senyumannya kembali. Hidup yang aku kenal, bersilih ganti sifatnya. Apa yang datang, akan pergi. Gundah, tangis, indah, dan hiba. Senyumlah semula, kerana dunia ini terlalu rindu pada tawamu.
Coretan ini bukanlah dituju pada kau atau mereka. Sebagai peringatan pada diri yang semakin usang ini. Semoga sejahtera sentiasa bersama kalian. Assalamualaikum.