Tinggal.
Tak kenal maka tak cinta.
Macam itulah kita, masa mula mula dulu.
Dari dua manusia asing, sehinggalah persahabatan menjadi ikatan.
Indahnya bila aku kenang kembali betapa eratnya ikatan itu.
Bila kita sama sama menguntum senyum bersulamkan ketawa, oh baru aku sedar betapa rindunya aku pada semua itu.
Dalam kelas, yang paling acap kali melontarkan soalan di luar kotak, "Melissa..."
Yang paling selalu setuju menemani kami kami yang lapar waktu sarapan, "Melissa..."
Dan tak lupa juga pemilik senyuman yang paling manis, "Melissa..."
Ya, kami rindu kamu, Melissa.
Walaupun cuma tak lebih dari 6 bulan kita berkenalan. Sejujurnya, kau seorang sahabat yang amat baik, Melissa. Tak kiralah seluas mana Laut Cina Selatan itu, ikatan ini akan selalu terpelihara. Moga moga.
Semua foto kita aku mohon jangan pernah sekali kau buang. Simpanlah buat kenang kenangan. Agar kau tidak lupa akan kami yang di semenanjung ini sentiasa merindui kamu, Melissa. Sehari baru kita berpisah, sudah jelas terasa kekosongan di hati kami. Kosong juga satu bangku di kelas.
Ipoh sentiasa menanti kamu, Melissa. Pulanglah bila bila pun yang kau mahu. Ipoh sudah pun menjadi sebahagian daripada kamu. Jadi, kami mohon, mohon, mohon jangan lupakan kami, Mel.
Selamat mengejar cita cita. Jadi insan yang berjasa kepada ibu bapa. Doa kami bersamamu, Melissa. Segala pahit manis kita lalui bersama sikit pun aku tak lupa. Terima kasih untuk segalanya. Segala kekhilafan kami, kami mohon maaf. Selamat tinggal, Melissa. Selamat jalan.
Kepada ketua yang kami sayangi. Tiada istilah mantan kepada Luqman sebagai ketua kami. Meski tiada lagi suara Spongebob kau di hadapan kelas, semestinya kau juga kami takkan lupa.
Kau seorang ketua yang baik.
Dedikasi kau walaupun hanya untuk beberapa bulan, kami tetap akan semat sedalamnya dalam ingatan.
Nanti kalau kalau antara kami, kau yang ke jinjang pelamin dulu, jemputan jangan lupa kau kirimkan.
Aku selalu ugut kau jangan tanya soalan masa aku buat pembentangan dalam kelas.
Haha serius kelakar bila aku kenangkan semula.
Semuanya gara gara suara kau jugalah yang sering kali kita dengar dalam kelas bertanya soalan dan mengomel,
"Aku tak faham lah weiiii.....!"
Haha, mesti kau akan rindu semuanya kan?
Aku berani jamin kau tak akan dapat suasana begini lagi di luar sana.
Kami amat hargai setiap detik yang telah kita sama sama bazirkan. Dalam kategori ini, ia bukan pembaziran yang sia sia.
Terima kasih untuk segala keringat, untuk segala ilmu. Jangan lupa kami Luqman, walau kami selalu jahat (nakal) pada kau. Kau pun sebenarnya tahu bukan, kami amat sayang pada kau. Selamat maju jaya, Luqman. Selamat tinggal.
Aku ucapkan selamat untuk segalanya kepada kedua dua pemilik kerusi kosong, Melissa Edward Dankan dan Muhammad Luqman bin Idris.
Hari ini, hari yang sedih buat kita. Takpe kita nangis sama sama. Segan malu mata merah hidung berair sama sama. Kita saja yang faham.
Older Post | Newer Post