Rasa.
Rasa itu sudah terhapus.
Bertahun aku tanggung.
Tapi rasa lain yang timbul.
Bukan rasa yang kau ragukan.
Cuma rasa,
rasa yang kita tak macam dahulu lagi.
Tawa kita sudah janggal.
Cara kita berbual sudah janggal.
Dan semuanya sekaligus rasa janggal.
Bila setiap kali kau ada depan mata.
Rasanya seperti sudah tak sama.
Seperti dahulu.
Kau masih ingat?
Aku cuma boleh harap.
Harap yang kau ingat.
Janji tu kalau kau lupa,
aku tak ambil hati.
Asalkan kita boleh jadi macam dulu balik.
Kata orang dulu dulu.
Ingat tak dulu dulu?
Tak, dulu dulu dah habis.
Walaupun situasi,
dan cuma keadaannya tak sama.
Tak sama seperti dahulu.
Aku mahu kau tahu.
Yang aku tak pernah berhenti,
berhenti berharap agar rasa dahulu itu kembali.
Agar kita sama sama boleh rasa,
rasa selesa bercakap tanpa perlu ingat kembali cerita lama.
Aku cuma rindukan semua itu.
Ya, semuanya sekali.
Kau tidak begitu?
Older Post | Newer Post