#HJNxLMB2013
Assalamualaikum. Hey gaiz. Ni quick update pasai dah nak
kena update kuih raya hari raya apa semua tu. Event ni pun dah bertangguh nak
update berbulan dah. So, meh baca!
Ha usha tarikh tu. Berbulan dah
kan? Sang Enemy Worldwide Transgression Tour 2013 #HJNxLMB2013 9 Jun 2013,
Silveritage, Ipoh. Aku pergi dengan abang aku dengan harga tiket RM40.00 per
kepala. Mak aku teman kitorang sampai event start. Mak kau hado? *kening
kening* Bukan apa, mak aku tak pernah kasi lepas anak anak dia pergi benda
benda camni. Tak sia sia! Mak aku dapat jumpa and sembang dengan Noh hahahaha
Masa kami dah sampai and lepak
kat tepi sambil tunggu ticket booth bukak, time tu Noh tengah main skate. Dia
nampak kitorang. Dia tegur mak aku, “Mak cik.” *senyum* *skate pergi kat kitorang*
Sembang sembang ah mak aku dengan Noh. Mak aku tanya, Kak Nina tak ikut ke? Then Noh jawab, “Ada, tadi tiba tiba je ada. Macam tau tau je orang tengah
rindu.” *gelak* *Am datang* *salam dengan abang aku* *sesi perkenalan antara
mak dengan Am* *Noh sambung skating, Am masuk soundcheck (kot)* *Ag lalu* *Aku
dah nak pengsan tengok dia* *Dia lalu camtu ja* *Pastu Ag hilang* Pastu tiba
tiba Fahmi lalu *terkesima sat* Lama sikit, Myo Oh Chentaku datang. Heii rambut
dia samalah dalam tv! Hahaha dia baru balik dari tour Bunkface kat Tambun. Gig
dalam gua weeehhh!!! Rogi mampuuiiihhhhh!!!!! Rare nak mati. Abang abang
tapautv pulak asyik dok lalu lalang shoot sana sini.
Ticket booth dah bukak then pergi
tebus ticket. Dapat free merchandise wehhhh! Tunggu lagi. Lama gila diri kat
luar and then dalam pukul 5.00p.m. camtu entrence dibuka! And me yang eksited
tahap dewa pun tarik abang aku beratur kat depan. Kena cop kat tangan belah
kiri. Tiket belah dua. Sayangnyaaaaaa isk isk. Masuk masuk Noh kat belah kiri
cakap, “Kenapa tak bawak mak masuk?” *pandang abang* *gelak* Hehehe rasa macam
nak suruh mak patah balik masuk dalam je. Aku pun dah lupa dah lagu mana yang
keluar dulu but these are the songs that we sung together and rioted on
Rumah Kita | DBS | Kotak Hati | Ku Mahu Kau Tahu | Mencari Konklusi | Kuala Lumpur Oh Kuala Lumpur | Ke Selatan | Pagi Yang Gelap | Aku Scandal | Empayarmu | Inspektor Remos | Lonely Soldier Boy | Kembara | Ludah Amerika
Pekena lagu Pagi Yang Gelap yang
puas habis tu. Bak dalam
post yang lepas aku tu, lagu ni antara lagu Hujan yang
first aku dengar. And then dapat pulak tengok live diorang nyanyi plus nyanyi
sekali dengan diiorang. Fuhhh puas gila! Hang tak tau macam mana rasanya. But
Kembara berjaya buat aku menitis air mata bila dengar lagu ni.
Masa tengah baca wish Hujan kat
family Raingers dalam Sang Enemy, depa ada cakap
"Akhir sekali jutaan terima kasih kepada keluarga besar RAINGERS! yang sentiasa memberi sokongan moral terbaik since hari pertama..you know who
you are! Album ini adalah untuk korang semua, semoga Sang Enemy akan terus memberi inspirasi untuk korang lebih bersemangat!"
Lagu Kembara pulak tengah pasang time tu. Serius lah aku cakap, memang menangeh teruih la tu jugak weii. Gua rasa cam nak patah balik masa dengan diorang je ni.
Jap, part Love Me Butch tak
cerita lagi. Sejujurnya, aku cuma kenal band ni gitu gitu je. Tapi sapa yang tak tau
depa ni legend patut dapat penampo je. Time ni diorang riot tak ingat dunia.
Noh, Izzat apa semua turun riot sekali kat bawah.
Hahahahahahaha aku tak nak letak gambar
aku. Semua buruk abang aku ambik. Tengok ah abang aku tu, dia je nak tinggi.
Orang lain tak yah tinggi.
*Am punya autograph ada kat
belakang* Ni hadiah birthday tahun lepas by Aimi hihihihi. Autograph yang penting tu. Aku jaja benda ni sampai rumah nenek Eny hahaha.
Berharga siaaa
Ni lah first time aku dapat pergi
gig gini. Keliling dengan family Raingers nya. Rasa apa tu riot. Rasa macam
mana feel jerit nyanyi ramai ramai. Kat depan sekali pulak tu. Sampai hilang
habis sora, telinga dah nak pekak dah. Dengan abang Raingers tersayang aku
sorang ni (abang kandung gua). Dan, Hujan kat depan mata. Semua benda dalam
satu masa. Ingat senang senang boleh kutip takat dok berangan lepeh celik mata
subuh subuh renung silin ataih pala?
Terima kasih untuk segalanya.
Aku tak nampak pun apa yang short updatenya ni. Assalamualaikum.
Older Post | Newer Post