2017
Assalamualaikum *waves* Hey guys! It's already 2019 and finally got time to update my blog yeay *mini dance* Okay, to my dearest friend right here, mah fren Habibah ♥ hehe aku sebenarnya terharu sebab ko masih lagi pembaca setia blog luahan merapu aku. Weh, thanks wehhh :'))))
So these are the summary of 2017. Enjoy your reading (:
Seperti tahun-tahun yang lalu, muqadimah tahun baru kami sentiasa diisi dengan kekalutan final exam. One more semester to go and we are out from here!!! Seusai tamat kertas terakhir, seperti biasa, undian lokasi clinical attachment pun mengambil alih. Me and my teammates (Fatihah, Erika, Atifah, Nana, Izzati dan Bella) decided/got chosen to did our final clinical attachment at Selayang Hospital.
Allah uji kami dengan kehilangan kereta kesayangan ambo. Masa tu, lagi berapa hari je lagi aku nak bertolak ke Selayang. Seusai tukar tayar baru di Batu Gajah, kami singgah ke Tesco Station 18 untuk last shopping. Keluar je Tesco, "Aik, mana kereta?" Pusing sana sini, "ye ke, hilang? Ke, aku salah park?". Jadi kami buat laporan di kaunter Tesco which ends up, even CCTV diorang pun tak dapat nak membantu apa apa (sebab camera hanya focus on pintu masuk bukan parking). Pulang dengan kehampaan, kami proceed ke balai polis Pasir Puteh. Selesai buat laporan, kami pulang ke rumah. Nangis jugak aku malam tu sebelum tidur. Aku tau orang akan kata "Kunci tak?" "Yeke, bukan salah parking?" Ketahuilah bahawa sakitnya hati aku bila orang tanya macam tu. Ko tak tau aku pusing dua kali toleh untuk triple confirm memang semua dah lock. Kun fayaa kun. Esoknya, kami menerima panggilan yang Saga ada tersadai belakang hotel berdekatan dengan rumah kami. Lega, tapi sayu. Wei siapa boleh terima kereta ko jadi macam ni??!! Aku tak boleh la ingat balik, ok la kita pergi next cerita.
12 weeks. New hospital. New environment. New rules #SayaOk My personal favorite week, no doubt, it's Angiography Unit! I learn completely new things, walaupun aku blur teruk tapi I do really enjoying my time here. Unit yang memaksa aku hafal semua anatomy yang rumit, the flows, functions, how does it looks like on fluoroscopy screen. Aku korbankan masa rehat aku untuk study. I even drew it on the wall (actually it's a wrapping plastic) of my room. Sepanjang 12 minggu di sini, rezeki dua orang sahabat kami yang berkesempatan sambut birthday sama-sama dengan kami. Walaupun surprise dua-dua tak jadi, hahahhahahaha! Thanks kawan-kawan, menghitung hari bersama-sama setiap hari di meja makan since the first day, menjerit "bila nak habis?!". Ajar saya naik train, jalan sana dan sini. It was fun!
Padah bertangguh menyiapkan tugasan hahahhahahahhaha (refer gambar atas). Sekembali daripada Selayang, kami terus kena hadap satu lagi subjek yang sepatutnya dah lama settle tapi tak tau dari mana silapnya, jadi hm hadap je lah. Kena buat folio, video, vision board, and interview tak silap aku time ni. Dia best tau tapi penat tu...benda patutnya 10 weeks, tapi compressed jadi 3 weeks. Andddddd we are ready for our OSCE and OSPE. The biggest, wall, to, climb! Oh walaupun OSCE Station 3, and OSPE macam...next!
[Izzati | Aimi | Adila | Bib | Hanis]
We manged to finally gathered this year! All the way from Ipoh to Kuala Kangsar. Huhu harap boleh jumpa lagi next-next raya :)))))
Seusai kertas terakhir dalam sejarah hidup kami sebagai pelajar jurusan Diploma Radiografi di UniKL RCMP ini, ada majlis perpisahan khas untuk kami. It was really emotional for us sebab lepas ni kami bukan lagi begelar mahasiswa/wi Diploma Radiografi, tetapi sebagai Alumni. Terima kasih tak terhingga kepada semua tenaga pengajar dan staf, tak lupa kepada sahabat-sahabat baik saya untuk masa-masa yang banyak mengajar kita masing-masing. Next stop, #roadtoconvo
The very next day, my family was shocked by the news that my mom was diagnosed with CVA (Cerebral Vascular Accident) and my mom kena stroke since that. She is unable to use her both upper and lower limbs just like the way she used to. Aku cuba bersangka baik, mungkin Allah nak beri peluang kepada kami untuk berbakti kepada orang tua. The first few months, I noticed that she refused to fully accept the fate (walaupun mulut kata redha). To my friends, sorry aku memang tak banyak on socmeds sejak dari hari tu. Our wish masa tu just nak mak sihat seperti biasa so that mak sihat and happy on my graduation day, tu je. But, after all of the treatments (physio, traditional), let's just say yang "belum rezeki.." Tapi mak kuat semangat, that's my mom. The strongest person I will ever see on this earth. That's my mom. Doakan mak aku, guys. Doakan urusan dunia, dan akhirat dia dipermudahkan.
Dean's List Award Ceremony
A few weeks later, result final sem keluar. Alhamdulillah, rezeki lagi sekali untuk bersama dengan barisan sahabat lain, listed in Dean's List Award. It was a mini reunion for us yang dah tinggalkan kampus. Huhu member banyak gak yang turun/naik Ipoh. See you guys at convocation!
Traveled back and forth untuk settlekan hal-hal jubah dan sebagainya. Aku sampai kusut tak tau nak kata haha. My family spend 3 days and 2 nights at a homestay at Cyberjaya, Mufasa Homestay. With the price of RM 300, and I think it's worth it. And finally it's our big day!!! Yeay!!!! Alhamdulillah I made it with 3 times listed in Dean's List Award, jadi adik-adik jangan takut nak ambik radiografi/pengimejan diagnostik ni ye. Belajar rajin-rajin je (aku menyesal lagi 3 tak Dean's List)
Masa aku tunggu mak aku habiskan physio session, aku keluar kejap untuk hantar email kat satu klinik ni. Aku perasan tarikh tutup dah lepas, malangnya aku baru jumpa iklan tu (the dateline was on my graduation day). Jadi aku cuba je nasib tanya boleh lagi ke aku nak submit application. Petang tu, balik dari hospital aku dapat call, kata, "kalau masih berminat boleh la datang interview Sabtu ni." So aku ada satu hari setengah je untuk settlekan documents semua. Alhamdulillah rezeki. Isnin tu aku dah mula kerja. Sampai la sekarang.
Ini vision board yang aku mention kat atas tadi tu. Masih banyak yang aku perlu kejarkan. Kadang-kadang aku ada persoalkan, "2018 ni terlalu lewat ke buat kami yang generasi baru ni nak mulakan hidup?" Setelah diamati kembali, aku percaya. Ada tujuannya hidup ini. Terpulang kepada perspektif sendiri untuk melihat dan menilai seperti dan tujuan apakah hidup ini. Harapan aku masih sama, semoga kita masih lagi bersama orang-orang yang kita sayangi, dan sentiasa bersyukur dengan apa sahaja yang kita ada walaupun hanya untuk sementara. Sekian.
- doakan next update berjaya disiapkan dengan jayanya -
Older Post